Arsip Tag: ayam tangkas

AYAM PONDAN

 

Ayam pondan adalah ayam yang jarang didapati,,antara ayam yang susah nak dapat,memakan masa antara sampai 6 tahun sekali kalau dapat sekalipun,,tapi sekarang thai sudah banyak breeding dengan kajian yang detail untuk dapat kan baka ini dengan mudah,tapi sebaik nya adalah dari baka yang bukan pondan,namun bukan senang untuk mendapatkan nya, seramai anak ada yang lahir pondan,terletak pada rezeki masing-masing, ,,maka pondan itu seharusnya simpan baka nya,,itu lah yang betul pondan sejati,,yang sangat bisa kaki dan memiliki kelebihan berbanding ayam yang lain.

Iklan

AYAM PAMA

ayam pama

AYAM PAMA

Ayam Pama adalah hasil crossing breeding antara ayam burma dengan beberapa jenis ayam aduan yang ada, seperti ayam burma dengan ayam Saigon, ayam burma dengan ayam siam, ayam burma dengan ayam Malaysia.

Watak ayam pama ini kerana masih mempunyai sifat genetic ayam burma hingga 50% maka tentunya ketepatan pukulannya mendekati ayam burma ditambah sifat yang ada pada ayam crossing-nya. Seperti diantaranya:

ayam burma + ayam Saigon disebutnya magon. Ayam jenis ini mempunyai watak sifat yang dibawa dari ayam saigon seperti tahan pukul dan pukulan keras dengan saiz body yang agak besar. Kelebihan jenis ayam ini pastilah adalah saiz yg besar dan pukulan yg keras ditambah lagi ketepatan yang sempurna dibawa dari sifat ayam burma. Dengan penampilan yang lebih gagah dan kasar  membuat percaya diri pemilik jika di bawa dalam arena pertandingan.

Ayam burma + ayam Siam disebutnya mathai. Mempunyai teknik bermain seperti ayam BK iaitu seperti ayam lock, tempur, masuk ditambah sifat pukulan ayam burma dan kelajuan defensive yang sukar untuk dipancing atau antilock  dan pukulan yang keras lagi tepat, membuat jenis ayam ini menjadi trend tersendiri sebagai jenis ayam pama bangkok antilock. Ayam burma X ayam Pakhoy (Malaysia + Texas) disebutnya makhoy. Ayam ini bukan hanya mempunyai teknik ayam pakhoy (ketip bulu) seperti mematuk punggung sayap, paha, memukul badan yang sangat keras akan tetapi sifat pukulan tepat dan keras sekitar kepala dengan itu menjadi kelebihan pada jenis ayam ini. Sekarang ini dengan itu ayam jenis ini sedang menjadi trend di negeri Siam. Beberapa arena pertandingan banyak dimenangi jenis ayam Makhoy.